Home » Citra Yadim » Muhammad Rayhan, kanak kanak pengidap Hidrosefalus disantuni YADIM

Muhammad Rayhan, kanak kanak pengidap Hidrosefalus disantuni YADIM

LAHAD DATU – Di sebalik tubuhnya tersedia pelbagai jenis ubat ubatan untuk anak kecil ini. Sayu, hiba dan sepi kediaman ini seolah mengerti apa yang dirasai oleh Muhammad Rayhan Jilhan, 5 tahun dari Kampung Desa Bajau di sini.

Sebaik menerima berita mengenai penderitaan anak kecil ini pada 14 Februari, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) segera mengatur perjalanan ke tempat ini.

Alhamdulillah, hari ini (15 Februari) Allah permudahkan urusan kami untuk sampai ke kediaman ini.

Letih mengharungi perjalanan jauh terubat melihat reaksi wajah ibu bapa anak kecil ini sebaik menerima sedikit sumbangan kami untuk meringankan beban keluarga mereka.

Berkali kali bapanya, Jillhan Jillan mengucapkan terima kasih atas kesudian Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki yang sanggup datang dari Kota Kinabalu untuk menyampaikan bantuan.

YADIM menyampaikan wang tunai serta barangan keperluan harian untuk membantu meringakan beban keluarga ini.

Muhammad Rayhan disahkan menghidap Hidrosefalus tahap empat iaitu penyakit penumpuan cairan di rongga otak sehingga meningkatkan tekanan pada otak dan pembengkakan di kepala.

Bapanya Jillhan Jillan, kini tidak bekerja kerana perlu bergilir gilir menjaga Rayhan dengan isterinya di rumah.

Dalam pada itu, Samin berkata, pihaknya akan bekerjasama dan menyeru pihak bertanggjawab serta orang ramai untuk tampil membantu meringankan beban keluarga ini.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *