Nama lengkapnya adalah Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Ba Yazid. lahir pada tahun 833 H di Adronah.
Muhammad Al- Fatih lebih dikenali dengan gelaran Al- Fatih lebih dikenali dengan gelaran Al- Fatih (Penaluk). Kerana dia berjaya menakluki kota Konstantinople. Sedangkan, orang Eropah menggelarnya denagn Tuhan yang Agung.
Dia belajar dengan ulama’ bernama Syeikh Ahmad bin Ismail Al- Kurani, seorang ulama yang hidup di masanya. Syeikh tersebutlah yang membimbingnya sehingga mampu menghafal Al- Quran dan mengajar ilmu fiqh serta hadis kepadanya.
Muhammad Al- Fatih menguasai berbagai bahasa seperti bahasa Arab, Persia. Latin, Yunani dan Itali. Perkara inilah yang memudahkannya bergaul dan berkominikasi dengan berbagai bangsa.
Ayahnya sangat mengambil berat akan pendidikan militarinya. Dia mengajarnya cara menunggang kuda, memanah dan menggunakan pedang. Ayahnya juga selalu membawanya bersama dalam setiap peperangan yang dia ikuti.
Badannya sangat kuat, berani, perkasa dan mempunyai ketangkasan yang luar biasa. Dia turut berpegang bersama ayahnya dalam pertempuran Qushuh. Pertempuran tersebut adalah merupakan pertempuran pertama kali yang diikuti. Dalam pertempuran tersebut orang Islam mendapat kemenangan.
Pada tahun 854 H, ayahnya menikahkannya dengan puteri dari Sulaiman Beik, pemerintah Dzi Al- Qadr. Majlis pernikahannya sangat indah dan mewah.
Pada tahun 855 H, dia dibai’at menjadi Khalifah setelah kematian ayahnya. Usianya ketika itu baru 22 tahun. Dia sangat bersemangat dalam menyebarkan Islam ke segala pelusuk penjuru dunia. Dia sangat mendambakan dapat menakluki Konstantinopel agar dapat mengapai berita gembira dari Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah hadis yang ertinya “Kamu semua pasti mampu menakluki Konstantinople. Komander pasukannya adalah sebaik- baik komander dan pasukannya adalah sebaik- baik pasukan.
Pada tahun 857H, Muhammad Al- Fatih menyediakan pasukan yang sangat besar untuk mengepung dan menakluki kota Konstantinople. Pengepungan kota Konstantinople berlansung pada waktu yang sangat lama. Penyebabnya adalah kerana kota tersebut mendapat bekalan (bantuan) dari orang Romawi melalui pelabuhan “ Tanduk Emas”. Ketika Muhammad Al- Fatih berusaha untuk memasuki teluk, orang Romawi terus menutupnya dengan sebuah rantai yang sangat besar. Dalam keadaan seperti ini, Muhammad al- Fatih berfikir untuk memindahkan perahu- perahu melalui daratan dari pelabuhan Posfor ke pelabuhan “Tanduk Emas”. Dia membuat sungai kecil yang panjangnya lebih kurang 7 kilometer, kemudian dia menebang pohon- pohon dan membuat kepingan kayu. Kayu- kayu tersebut disapu dengan minyak agar semua perahu dapat melaluinya dengan mudah.
Dalam satu malam dia mampu membina sebuah kubu. Kubu yang dibangunkan terletak di depan tembok kota Konstantinople dan lebih tinggi dari tembok kota. Dia melakukan demikian untuk memudahkan melempar grenad al- Fatih menghantar utusan kepada Kaisar Romawi supaya mahu menyerah, tetapi dia menolak. Dia menyerang kota Konstantinople dan berjaya menakluki kota tersebut pada tahun 857H.
Di kota Konstantinople, Muhammad Al- Fatih masuk ke gereja Aya Sofia dan mengubahnya menjadi masjid. Dalam masjid tersebut, dia solat dua rakaat sebagai rasa syukur. Dia memberi nama kota tersebut dengan nama Islam Bul yang ertinya kota Islam. Muhammad AL- Fatih berpesan kepada pasukannya agar melayan penduduk kota tersebut dengan sebaik- baiknya. Dia membenarkan penduduk Konstantinapole untuk mengamalkan ajaran- ajaran mereka di gereja. Dia juga memberikan kebebesan kepada mereka untuk memilih pemimpin gereja tertinggi dan menyelesaikan masalah sendiri yang khusus berhubungan dengan mereka.
Muhammad Al- Fatih adalah orang yang menakluki wilayah Serbia, Albania, Muroh dan Bosnia Herzegovina. Dia kemudian menyerang Hungaria dan menggabungkan kepulauan Yunani Otranto dan wilayah di sekitarnya. Dia sangat berminat dengan keadaan umat Islam dan selalu mengasihi orang fakir. Dia menghantar 700 flori (mata wang Turki waktu itu) kepada Gabenor Mekah agar dibahagikan kepada penduduk Mekah dan Madinah.
Muhammad Al- Fatih mendirikan institusi ilmu pengetahuan yang sangat besar di kota Islam Bul. Dia juga mendirikan sekolah. Aya Shofia dan hospital yang digunakan untuk tempat latihan bagi para mahasiswa perubatan. Dia juga mengalirkan air ke beberapa kota melalui jambatan. Al- Fatih adalah orang yang pertama mendirikan perpustakaan di Islam Bul untuk menjaga warisan kebudayaan Islam. Dia mendirikan masjid- masjid, bangunan- bangunan, jalan- jalan, jambatan- jambatan, sekolah keilmuan dan pasar- pasar.
Dia berusaha untuk menakluki kota Rom agar dapat memenuhi berita gembira yang kedua seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. pasukannya berjaya menakluki Otranto kemudian bersiap sedia untuk menaluki Rom.
Pada tahun 885H, Muhammad Al- Fatih r.a. (semoga Allah melimpahkan rahmat kepadanya) meninggal dunia ketika dia berada di tengah- tengah pasukannya dalam perjalanan menuju Rom. Usianya ketika itu adalah 49 tahun.
KOMEN