Home » Langit Terbuka » Mufti Melaka nafi

Mufti Melaka nafi

Pelantikan Ahli Jawatankuasa Fatwa negeri dilaksanakan Majlis Agama Islam Melaka dan diperkenankan Yang Dipertuan Agong, jelas Mufti Melaka - Sinar Harian

MELAKA TENGAH – Tiada lantikan baharu Jawatankuasa Majlis Fatwa sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negeri Melaka.

Malah Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil menjelaskan, barisan jawatankuasa sedia ada dilantik sejak 1 Januari 2018 lalu masih kekal sehingga 31 Disember 2019.

“Dakwaan kononnya wujud salah seorang jawatankuasa Majlis Fatwa Kerajaan Negeri yang berfahaman Syiah adalah satu tuduhan tidak berasas kerana dalam tempoh tersebut tiada sebarang lantikan baru sebagaimana yang didakwa.

“Pelantikan Ahli Jawatankuasa Fatwa negeri dilaksanakan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dan diperkenankan Yang Dipertuan Agong, bukannya lantikan oleh kerajaan negeri,” katanya hari ini.

Menurutnya, Majlis Jawatankuasa Fatwa negeri juga memutuskan ajaran Syiah memang bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan ia tidak sesuai diamalkan di negeri ini mahu pun di Malaysia.

Laporan Sinar Harian semalam bertajuk ‘Kebangkitan lebih besar jika hak dicabar’ antaranya menyatakan kenyataan Pengerusi Sekretariat Himpunan Gerakan Ummah Melaka, Datuk Seri Ali Muhammad yang menyentuh isu fahaman Syiah mula menular di Melaka.

Beliau mendakwa, kesal apabila kerajaan negeri membawa salah seorang penganut Syiah dalam Majlis Fatwa Kerajaan Negeri, justeru menuntut agar individu terbabit dikeluarkan daripada organisasi itu.

Beliau berucap di hadapan kira-kira 1,000 peserta Himpunan Gerakan Ummah yang di adakan bersebelahan bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka di Jalan Hang Tuah di sini, semalam.

Himpunan anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) itu disertai kira-kira 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menyatakan sokongan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan agama Islam, institusi beraja dan kedaulatan bangsa Melayu. – Sinar Harian

 

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *