Home » Langit Terbuka » MSC Tun M Beri Inspirasi Untuk Mulakan Alibaba – Jack Ma

MSC Tun M Beri Inspirasi Untuk Mulakan Alibaba – Jack Ma

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad Menyambut Jack Ma di Putrajaya hari ini

KUALA LUMPUR – Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dicetuskan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad 30 tahun lalu merupakan pencetus inspirasi kepada penubuhan syarikat Alibaba Groups Holding Limited.

Katanya, beliau telah memulakan perniagaan Alibaba pada tahun 1995 iaitu memulakan  syarikat internet berasaskan Cina yang pertama di China.

Ketika itu jelasnya beliau telah memikirkan hala tuju syarikatnya dan mencari jalan memperluaskan teknologi digital itu supaya boleh mempekasa komuniti dan rakyat.

“suatu hari saya telah membaca surat khabar saya melihat Koridor Raya Multimedia (MSC) yang diperkenalkan Tun Dr. Mahathir Mohamad (perdana menteri keempat) di Malaysia.

“Saya terpegun betapa pintar idea (MSC) ini. Bagaimana ia boleh berlaku dan sejauh mana realistik projek MSC itu sebelum cuba mendekati usaha itu untuk diserapkan dalam perniagaan saya beberapa tahun secara berterusan namun gagal membawa sebarang hasil.

“Pada tahun lepas apabila saya bawa idea (MSC) untuk diserap dalam bentuk Platform Dagangan Pelancongan Dunia Elektronik(eWTTP) saya sedar ia adalah impian 20 tahun lalu dan wajib implementasikan di sini (Malaysia),” katanya semasa berucap di Bangsar South di sini.

Jack Ma hadir untuk majlis perasmian pembukaan Pejabat urusan Alibaba yang pertama di Asia Tenggara dan dibuka di Malaysia dengan disempurnakan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Tambah beliau lagi, dia sedar inisiatif pejabat urusan baharu Alibaba ini mampu memperkasa usahawan kecil dan sederhana serta pemuda di negara ini untuk menglobalkan perniagaan mereka pada masa hadapan.

“Saya terpegun dengan inisiatif MSC Malaysia bahawa jika Malaysia boleh lakukan kenapa tidak dengan China dan itulah yang memberi inspirasi kepada saya untuk membangunkan Alibaba sehingga mencapai tahap sebegini hari ini.

“Terima kasih rakyat Malaysia dan saya merakamkan jutaan penghargaan kepada Perdana Menteri (Tun Mahathir) kerana insiprasi yang dicetuskan beliau menerusi MSC,” tegasnya.- Malaysia

Jack Ma juga menegaskan  antara hasrat utama beliau adalah mengutamakan pembangunan PKS melibatkan golongan muda di Malaysia  dalam era revolusi industri 4.0 dan Zon Dagangan Bebas Digital sekaligus mencetuskan peluang pekerjaan yang lebih luas. – MALAYSIAGAZETTE

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *