Home » Langit Terbuka » MPK anggap perkara biasa, Exco kata tak boleh

MPK anggap perkara biasa, Exco kata tak boleh

KLANG 31 Januari – Ketika umat Islam berang dengan kewujudan sebuah tokong kecil menyerupai masjid di Bandar Bukit Raja, Majlis Perbandaran Klang (MPK) pula menyifatkan kewujudan tokong atau kuil seperti itu perkara biasa dan telah lama wujud di bandar tersebut.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, terdapat beberapa rumah ibadat menyerupai masjid di bandar ini dan di Klang Utara, tetapi kesemua­nya dibina di kawasan kuil.

Beliau bagaimanapun berkata, tokong Cina yang menyerupai masjid di Bandar Bukit Raja pada Jumaat lalu pula adalah berbeza kerana didirikan di atas rizab jalan tanpa kebenaran dan kemungkinan besar akan dirobohkan.

“Banyak, ada bukan itu satu saja, dekat pekan Klang pun ada, tetapi tidak tahulah mereka punya anutan macam mana, dia ada kubah. Di medan Mara Klang Utara pun ada, siap nama Melayu lagi dan dah lama wujud tetapi itu dibina di atas tanah kuil, jadi tidaklah (MPK) usik. Sebaliknya yang ini (tokong di bandar Bukit Raja) kita tengah siasat dan sedang kenal pasti siapa yang buat sebab dibina di atas tanah rizab jalan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, Jabatan Kejuruteraan MPK dan Pejabat Daerah Klang sebelum ini telah mengeluarkan notis untuk merobohkan tokong itu pada 24 Januari lalu tetapi pemiliknya meminta kelonggaran disebabkan perayaan Tahun Baharu Cina dan diberi tempoh sehingga Rabu ini

Ditanya tidakkah kewujudan tokong dan kuil seumpama itu menyentuh sensitiviti umat Islam, Mohamad Yasid berkata, tidak.

“Kalau kita tengok agama Gurd­wara pun macam tu juga (menyerupai masjid), tapi yang ini kita tak tahu pihak mana yang buat dan apa tujuan dia? Sama ada betul nak ibadat atau nak sakit­kan hati. Namun bagi saya, tiada apa, mungkin memang fahaman mereka macam itu dan tak ada mengguris,” ujarnya.

Pendirian itu ternyata berbeza dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi yang berkata, perbuatan tersebut tidak boleh dibiarkan kerana akan memberi impak negatif kepada masyarakat.

Tegasnya, jika dibiarkan berlarutan, perkara tersebut akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat majmuk dan paling ditakuti mencetus ke­tegangan antara agama.

“Masyarakat bukan Islam kena lihat sensitiviti. Saya ingat tidak sepatutnya macam itu kerana menyerupai kubah masjid sangat. Apa pun kita akan bincang secara baik sebab tidak mahu berlaku ketegangan kaum tetapi sudah tentu ada bentuk tindakan pe­ngajaran,” jelasnya.

– https://www.utusan.com.my/berita

Artikel Berkaitan

Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini dalam fasa memulihkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *