KOTA BHARU – Ibu bapalah yang mencorak hidup anak-anak sama ada mahukan hitam atau putih.
Setiap anak-anak perlukan tunjuk ajar yang baik dan murni, namun bagaimanakah hasrat itu mahu tercapai jika ibu bapa sendiri tidak mahu menambah ilmu keibubapaan demi melahirkan anak yang cemerlang dunia dan akhirat.
Bagi merealisasikan matlamat melahirkan Keluarga Sakinah, YADIM Kelantan telah menganjurkan program Motivasi Keibubapaan bersama para penjaga pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail 3 pada 1 Februari.
Ceramah motivasi ini disampaikan sendiri oleh Pengarah YADIM Kelantan Ustaz Haji Mahadi Awang.
Seramai 250 orang ibu bapa telah hadir. Mereka jelas fokus dan memberi perhatian dan respond yang sangat baik sepanjang program diadakan.
Selesai ceramah motivasi, ibubapa yang hadir menerima wang bantuan awal persekolahan. Turut hadir Guru Besar SK Sultan Ismail 3, Encik Sharuddin Mohamad.
Semoga program ini memberi manfaat bukan sahaja kepada ibu bapa tetapi juga anak anak mereka.
KOMEN