CHANGKAT JERING – Seramai 130 orang pelajar  Maahad Al-Maarif Al-Islamiah di sini telah mengikuti program Motivasi Kecemerlangan Pelajar pada 27 Julai.
Pengisian yang menekankan aspek peranan remaja dalam menyebarkan ajaran Islam kepada umat telah disampaikan oleh Penyelaras YADIM Perak, Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar.
Beliau juga turut berkongsi kaedah pembelajaran yang lebih fokus kepada kefahaman subjek yang dipelajari daripada hafazan semata-mata.
Antara lain yang disentuh ialah tujuan manusia dijadikan supaya peserta jelas matlamat hidup mereka untuk mengabdikan diri kepada Allah.
KOMEN