Home » Langit Terbuka » Mohammad Shtayyeh dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin

Mohammad Shtayyeh dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin

Shtayyeh, (kiri) merupakan pemegang PhD dalam bidang pembangunan ekonomi dari Universiti Sussex, Britain, dan pernah menjawat beberapa jawatan penting termasuk sebagai Menteri Kerja Raya dan juga perunding damai dengan Israel. - Foto Al Arabia

RAMALLAH – Presiden Palestin, Mahmud Abbas melantik sekutunya, Mohammad Shtayyeh sebagai Perdana Menteri Palestin di sini pada 10 Mac, kata pegawai rasmi.

Menurut AFP yang memetik agensi rasmi Palestin, WAFA, langkah itu dilihat sebagai usaha untuk mengurangkan pengaruh Hamas.

Mahmud juga meminta Mohammad yang merupakan anggota jawatankuasa pusat parti Fatah untuk membentuk kerajaan baharu.

Shtayyeh, 61 pemegang PhD dalam bidang pembangunan ekonomi dari Universiti Sussex, Britain, dan  pernah menjawat beberapa jawatan penting termasuk sebagai Menteri Kerja Raya dan juga perunding damai dengan Israel.

Beliau kini merupakan Ketua Majlis Pembangunan Ekonomi Palestin untuk Kemajuan dan Pembangunan Semula, sebuah badan yang bekerjasama dengan penyumbang dana antarabangsa bagi projek projek di Palestin. – Agensi

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *