Home » Langit Terbuka » Moga cekal seperti Rufaidah

Moga cekal seperti Rufaidah

Didoakan para jururawat negara mempunyai kebijaksanaan, kecekalan dan semangat juang yang tinggi seperti Rufaidah Saad Al Aslamiah. - Foto KKM

KUALA LUMPUR – “Sebagaimana kita mengenali Florance Nightingle, kita juga wajar mengenali dan menghayati sejarah jururawat dunia Islam,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menurutnya umat Islam wajar mengenali Rufaidah Saad Al Aslamiah kerana beliau adalah seorang jururawat terkenal dalam dunia perubatan Islam suatu ketika dahulu.

“Kita masih berada dalam tempoh yang sukar menghadapai wabak Covid-19 dan ketika ini saya doakan para jururawat mempunyai kebijaksanaan, kecekalan dan semangat juang yang tinggi seperti Rufaidah.

“Semoga jururawat kita sentiasa tabah dan cemerlang dalam menghadapi pandemik ini dan Selamat Hari Jururawat Sedunia dari saya. Amin,” katanya di laman Facebook.

Setiap tahun, 12 Mei dipilih sebagai Hari Jururawat Sedunia. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *