Home » Langit Terbuka » Modul poligami : Beri kefahaman bukan galakkan

Modul poligami : Beri kefahaman bukan galakkan

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia Perak berkata, masyarakat perlu mengakui kebanyakan institusi keluarga tidak dapat diselamatkan asbab kurang pendidikan dalam konsep mahu berpoligami

IPOH – Modul poligami yang bakal diperkenalkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) perlu berperanan memberi kefahaman dan pendidikan bukan menggalakkan.

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Perak, Mohammad Hafez Ardhi@Ardzi berkata, langkah itu bagi memastikan program berkenaan mempunyai objektif yang jelas dan bertepatan dengan situasi semasa yang berperanan membantu institusi perkahwinan.

“Perlu diakui kebanyakkan institusi keluarga tidak dapat diselamatkan asbab kurang pendidikan dalam konsep mahu berpoligami. Maka di situ bermula isteri mengamuk, si suami seronok menduakan.

“Di sinilah masyarakat perlu dididik dengan Surah An Nur di mana surah ini memberi penekanan secara am tentang adab-adab sosial dan kekeluargaan secara khusus,” katanya.

Beliau berkata, JAIPK sentiasa berusaha membawa isu ke dalam bentuk modul untuk melahirkan masyarakat Negeri Perak yang lebih berpendidikan dan bertaqwa.

“Usaha jabatan itu mendepani isu munakahat ini adalah suatu yang baik dan memahami masalah masyarakat di samping dapat membantu mengurangkan masalah sosial,” katanya

Mengulas mengenai program e-Jodoh Mohammad Hafez berkata, ia merupakan inisiatif yang baik membantu golongan belum berkahwin untuk mencari pasangan.

“Teknologi satu cara yang baik dalam membantu memudah cara program tetapi perlu dipastikan sistem diawasi dengan baik dan benar-benar mengikut objektif pelaksanaan program,” katanya. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *