JOHOR BAHRU – Dengan kerjasama rakan strategik seperti Ihsan Johor, Sahabat Selawat Nariyah dan Pusat Rawatan Islam Terapi Al Quran, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 17 Julai menyantuni seramai 100 pemandu teksi di bandar raya ini.
Tidak dinafikan pemandu teksi antara golongan yang paling terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Prihatin dengan situasi tersebut, YADIM Johor bersama rakan rakan berkenaan telah menyumbang barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka.
Menerusi inisiatif ini, YADIM Johor menyumbang dua ekor ayam kepada setiap penerima.
Sumbangan diberikan secara pandu lalu di Jalan Padi Emas Bandar Baru Uda, berdekatan pejabat YADIM Johor.
Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdulah mewakili badan dakwah ini dalam program ini.
KOMEN