Home » Langit Terbuka » Mike Pompeo disahkan Setiausaha Negara baharu

Mike Pompeo disahkan Setiausaha Negara baharu

Mike Pompeo

WASHINGTON 27 April – Dewan Senat Amerika Sya­rikat (AS) mengesahkan Mike Pompeo sebagai Setiausaha Negara bagi pentadbiran Presiden Do­nald Trump semalam, dengan menyaksikan bekas Pengarah CIA itu mengadakan lawatan segera ke negara-negara sekutunya di Eropah dan Asia Barat.

Pompeo, seorang bekas pegawai tentera yang juga ahli Kongres Republikan tersebut dianggap sebagai penyokong setia Trump yang berpandangan luas selain sudah lama terlibat dalam dunia diplomasi.

Trump menghantar beliau ke Korea Utara tiga minggu lalu untuk bertemu Kim Jong-un menjelang berlangsungnya si­­dang kemuncak antara kedua-dua pemimpin itu bagi membincangkan isu program nuklear yang di bangunkan Pyongyang.

Sejurus selepas Pompeo mengangkat sumpah, beliau bakal mengunjungi Arab Saudi, Jordan dan Israel pada hujung minggu selepas menghadiri mes­yuarat NATO di Brussels, hari ini.

Menurut jurucakap Ja­batan Negara AS Heather Nauert berkata, Pompeo memilih ketiga-tiga ne­gara Asia Barat berdasarkan perkembangan semasa yang ada sekarang.

Iran mungkin menjadi agenda utama dalam lawatannya ke Timur Tengah itu.

Sementara itu, Trump akan memutuskan pada 12 Mei ini n sama ada akan mengenakan semula sekatan ekonomi ke atas Iran atau sebaliknya, ia akan menjadi tamparan hebat terhadap perjanjian nuklear antarabangsa 2015 antara Iran dan enam kuasa besar dunia yang lain.

Dalam kunjungan ke tiga buah negara sekutu di Asia Barat, Pompeo bertemu dengan pemerintah Arab Saudi, Raja Salman, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan pemerintah Jordan, Raja Abdullah, kata Nauert.

Dewan Senat yang dikuasai oleh Parti Republikan sebelum ini mengundi menyokong pelantikan Pompeo dengan keputusan undian 57-42 di sebalik bantahan Parti Demokrat kerana bimbang reputasi­nya yang agresif dan ke­­n­yataan keras yang dibuat terhadap homoseksualiti dan Islam.

Berikutan pelantikan itu, Pompeo berdepan de­ngan cabaran untuk segera menangani pelbagai cabaran antarabangsa lain terma­suk konflik berterusan di Syria, Iraq dan Afghanistan selain peluasan kuasa China di Asia dan ketegasan Rusia. – REUTERS

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *