PUTRAJAYA – Satu mesyuarat Jawatankuasa Induk Kali Ke 2, Program Persidangan Antarabangsa Dakwah & Keamanan Global 2019 telah diadakan di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini pada 2 Julai 2019.
Dipengerusikan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, ia turut dihadiri oleh nama nama besar lapangan dakwah negara seperti Dato’ Wan Mohamad Wan Dato Sheikh Abd Aziz dari Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Dr Hafidzah Mustakim ; Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR), Datuk Wira Abdul Ghani Shamsudin ; Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), Dr Mohd Farid Sheikh Ahmad ; Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Khairunnaim Ramli sebagai wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan ramai lagi.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan tentang perluasan rakan strategik bagi program ini serta pemurnian kertas konsep penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) secara menyeluruh selain memperincikan bajet.
Mesyuarat juga sepakat memutuskan nama program, tema serta objektifnya, selain menentukan speaker bagi pengisian program.
Persidangan Antarabangsa Dakwah & Keamanan Global 2019 dijadualkan diadakan pada November ini.
KOMEN