Home » Langit Terbuka » Mesyuarat CEP Tidak Sentuh Hal Bubar JAKIM – Mufti

Mesyuarat CEP Tidak Sentuh Hal Bubar JAKIM – Mufti

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan hari ini.

KUALA LUMPUR – Tiada perbincangan berhubung cadangan pembubaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata mesyuarat yang berlangsung Mesyuarat CEP tak sentuh hal bubar Jakim tetapi hanya menyentuh penerangan berhubung tafsiran ayat-ayat al-Quran dan hadis berkaitan suasana masyarakat masa kini dan negara.

“Tiada (perbincangan mengenai Jakim). Bahkan, saya pegang apa yang Tun (Dr Mahathir Mohamad) nyatakan semalam bahawa isunya bukan membubarkan (Jakim), ia mengenai peranan dan juga bagaimana mengemas kini atau memperkasakannya,” katanya kepada media selepas menghadiri mensyuarat bersama CEP di Menara Ilham, di sini.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata peranan Jakim akan dibincangkan semula dengan mengumpulkan sejumlah ilmuan Islam serta cendekiawan lain untuk membincangkan masa depan jabatan itu.

Dr Mahathir berkata langkah tersebut adalah  bagi melihat semula peranan badan berkenaan sama ada perlu dikekalkan seperti sekarang, atau dikembalikan kepada tujuan asal ia ditubuhkan dulu.

Mesyuarat CEP hari ini turut memanggil pakar dalam bidang masing-masing seperti Prof Datuk Dr Raduan Che Rose mewakili Majlis Profesor Negara, Tan Sri Dr Yahya Awang (perubatan) dan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (penggiat seni). – Bernama

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *