Home » Langit Terbuka » Mesir tambah waktu perintah berkurung sepanjang Aidilfitri

Mesir tambah waktu perintah berkurung sepanjang Aidilfitri

Setakat ini Mesir melaporkan 12,229 kes yang disahkan dari Covid-19, termasuk 630 kematian. - Foto Alamy

KAHERAH – Mesir akan menambah empat jam lagi untuk tempoh berkurung bermula jam 5 petang dan semua pengangkutan awam digantung berkuatkuasa 24 Mei ini selama enam hari semasa perayaan Aidilfitri.

Kedai-kedai, restoran, taman-taman dan pantai akan ditutup untuk cuti panjang pada akhir bulan Ramadan dan larangan pergerakan warga dikekalkan sekurang-kurangnya dua minggu selepas itu, kata Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly.

Setakat ini Mesir melaporkan 12.229 kes yang disahkan dari novel coronavirus, termasuk 630 kematian.

Jumlah kes harian meningkat setelah kerajaan melonggarkan sedikit mengurangkan perintah berkurung pada waktu malam dan langkah-langkah lain.

Pada hari Ahad, jumlah kes meningkat sebanyak 510 kes, menurut Kementerian Kesihatan.

Madbouly mencadangkan pembukaan semula secara beransur-ansur beberapa tempat termasuk kelab sukan dan restoran dari pertengahan Jun.

Pembukaan premis ibadat juga akan dipertimbangkan.

Selepas Aidilfitri, perintah berkurung akan berakhir mulai 8 malam hingga 6 pagi, seperti mana sebelum Ramadan. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *