KAHERAH, 14 April – Kementerian Dalam Negeri Mesir telah mengenal pasti identiti suspek yang terlibat dalam pengeboman bunuh diri di sebuah gereja di Iskandariah, Ahad lalu.
Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan berkata, individu itu dikenali sebagai Mohamed Hassan Mubarak Abdullah, 31, dilaporkan tinggal di wilayah Suez.
Identitinya ditentukan dengan membandingkan DNA yang masih terdapat di tapak pengeboman dengan DNA “suspek yang melarikan diri” .
Mohamed, yang pernah bekerja untuk sebuah syarikat petroleum, dikaitkan dengan rangkaian pengganas yang melakukan pengeboman terhadap sebuah gereja di Kaherah , pada Disember lepas yang meragut 29 nyawa.
“Pihak berkuasa juga masih berusaha mengenal pasti seorang lagi penyerang yang terlibat dalam pengeboman di Tanta,” kata kementerian itu.
Sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh manakala lebih 100 yang lain cedera dalam serangan bunuh diri yang dilakukan oleh militan ISIS.
Serangan pertama dilaporkan berlaku di Gereja Saint George di bandar Tanta, utara Kaherah, membunuh 27 orang dan mencederakan 78 yang lain, manakala satu lagi letupan menggegarkan Saint Mark Cathedral di bandar pantai di Alexandria, menyebabkan 17 orang maut dan 48 lain cedera.
Susulan kejadian itu, Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mengisytiharkan darurat selama tiga bulan ke atas negara itu.- Agensi
MIHAS@Dubai serlah kepimpinan, kepakaran Malaysia dalam industri halal ke pasaran global
DUBAI: Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai akan menyerlahkan kepimpinan dan kepakaran Malaysia dalam industri halal kepada khalayak global. Pengerusi Perbadanan
KOMEN