Home » Langit Terbuka » Merkel: Islam sebahagian daripada Jerman

Merkel: Islam sebahagian daripada Jerman

Angela Merkel

Kenyataan Merkel membantah kenyataan Menteri Dalam Negerinya, Horst Seehofer.

BERLIN – Canselor Jerman, Angela Merkel pada Jumaat mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kenyataan Menteri Dalam Negerinya yang baru, Horst Seehofer yang menyatakan bahawa Islam tidak mempunyai tempat di Jerman.

Ketika berucap dalam satu sesi taklimat bersama Perdana Menteri Sweden, Stefan Lofven, yang sedang dalam rangka lawatan ke Jerman, Merkel berkata, Islam adalah sebahagian daripada sejarah dan budaya negera tersebut, seperti juga Kristian dan juga Yahudi.

“Empat juta Muslim tinggal di Jerman, dan mereka melaksanakan ajaran agama mereka di sini. Mereka milik Jerman, dan juga agama mereka, Islam, milik Jerman,” katanya sebagaimana yang dilaporkan oleh agensi berita, Xinhua pada Sabtu.

Kenyataan Merkel itu adalah susulan daripada kenyataan Horst Seehofer, yang baru dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri Jerman, kepada hrian Das Bild pada Jumaat baahwa Islam bukan milik Jerman.

Meningkatnya jumlah oang Islam di Jerman telah menyebakan Islamofobia, selain kemunculan parti populis anti-migran Alternative fuer Deutschland (AFD). – Antara

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *