Home » Langit Terbuka » ‘Merdeka’ Daripada Pendatang Asing Tanpa Izin Mulai 31 Ogos

‘Merdeka’ Daripada Pendatang Asing Tanpa Izin Mulai 31 Ogos

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia berkata PATI yang ditangkap termasuk majikan terbabit tidak akan diberi 'muka' dan perlu berhadapan tindakan undang-undang

KUANTAN – Jabatan Imigresen berikrar untuk ‘memerdekakan’ negara daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula 31 Ogos depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata pihaknya akan mempergiatkan operasi menahan PATI mulai tengah malam pada tarikh tersebut.

Beliau berkata PATI yang ditangkap termasuk majikan terbabit tidak akan diberi ‘muka’ dan perlu berhadapan tindakan undang-undang kerana Imigresen sudah memberi peluang secukupnya kepada mereka.

“Kita memulakan Program Serah Diri Sukarela yang dikenali sebagai 3+1 untuk pendatang asing ini tampil membayar denda dan diusir pulang ke negara asal.

“Jadi mereka masih berpeluang untuk menyerah diri sehingga 30 Ogos sebelum kita mengambil pendekatan lebih tegas,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Op Mega di dua tapak pembinaan di Jalan Gambang di sini, hari ini. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1482292

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *