Home » Citra Yadim » Menyedarkan belia tentang bahaya zina

Menyedarkan belia tentang bahaya zina

PASIR GUDANG 14 Sept. – Seramai 200 pelajar Kolej Komuniti di sini, hadir dalam program `Jauhi Zina’ peringkat Daerah Johor Bahru pada 7 September 2016 yang  lalu.

Eksekutif Kanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Selatan, Muhamad Ammar Abdullah berkata, objektif program berkenaan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan  tentang dosa zina dan kesan-kesannya.

“Mereka didedahkan kepada kesan buruk akibat zina bukan sahaja kepada diri mereka tetapi juga kepada seluruh anggota masyarakat serta negara keseluruhannya.

“Dalam program ini mereka didedahkan kepada pelbagai aspek berkaitan zina dan ini termasuklah mengenai aspek-aspek perundangan berkaitan kesalahan jenayah Syariah dan akta-akta lain yang  berkaitan,’’ katanya.

Beliau menjelaskan, penganjuran program berkenaan adalah di atas kesedaran bahawa gejala zina yang semakin serius di dalam masyarakat dan ini memerlukan usaha berterusan agar golongan muda tidak terjebak dengan perkara mungkar itu.

Menurutnya, program ini  mendapat kerjasama  daripada Kolej Komuniti Pasir Gudang, Johor dan Jabatan Agama Islam Johor.

“Pada keseluruhannya, para peserta telah memberikan respons yang positif kepada program ini dan mereka sangat berpuas hati dengan ceramah dan penerangan yang diberikan serta mengharapkan supaya program seperti ini diadakan secara berterusan.

Beliau berkata, sebagai penganjur, Yadim berharap agar semua pelajar mendapat manfaat daripada program tersebut dan sekali gus dapat mengurangkan kes sosial yang semakin berleluasa di negara ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *