PUTRAJAYA 12 Mei – Bahagian Muamalah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah berjaya melaksana sesi ceramah mengenai muamalah Islam di beberapa kawasan termasuk luar bandar dalam usaha menyebarluaskan kefahaman mengenai perkara berkenaan kepada seluruh anggota masyarakat.
Pengurus Eksekutifnya, Shahrizal Mat berkata, pada Mac lepas, program-program yang telah berjaya dilaksanakan adalah dua program Kembara Muamalah Masjid dan masing-masing satu program Muamalah Milenia dan Sembang Muamalah Islam.
Katanya, program Kembara Muamalah Masjid yang berjaya dilaksanakan itu adalah di Masjid Batu 8, Guar Napai, Changlun, Kedah (Felda Batu 8) dan Masjid At-Taqwa Kariah Kampungg Paroi Negeri Sembilan.
“Program ini masing-masing telah dihadiri oleh kira-kira 200 peserta dan ia mengupas isu-isu berkaitan kewangan Islam yang sememangnya tidak begitu difahami oleh kebanyakan masyarakat,’’ katanya.
Beliau berkata, YADIM juga telah menganjurkan program Muamalah Milenia pada 27 Mac di kolej Vokasional dengan tujuan menyemarakkan budaya Muamalah di dalam kalangan umat Islam serta membantu melahirkan lebih ramai dai’e yang berpengetahuan dalam kewangan Islam.
“YADIM juga telah menganjur program Sembang Muamalah Islam pada 24 MAC 2017 bertempat  Dewan SUK Negeri Sembilan dan telah dihadiri oleh kira-kira 200 Orang peserta,’’ katanya
Beliau menjelaskan, program dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan itu, antara lain bertujuanMenyemarakkan budaya celik muamalah dalam kalangan umat Islam khususnya di kalangan kakitangan Jabatan Agama Islam.
KOMEN