Home » Langit Terbuka » Menteri sahkan operasi di kelab gay, PPR

Menteri sahkan operasi di kelab gay, PPR

Menteri Wilayah Persekutuan berharap agar inisiatif yang diambil pihaknya, dapat membendung budaya LGBT dari terus merebak dalam masyarakat

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad mengesahkan satu operasi dilancarkan ke atas sebuah kelab gay terkenal di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menulis di Facebook katanya, kelab tersebut telah wujud hampir 20 tahun di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.

Khalid walau bagaimanapun tidak menyebut bila serbuan itu dilakukan dan jumlah kakitangan kementerianya yang terbabit serta tindakan yang diambil.

“Operasi Banteras Aktiviti Haram (OPS BAH) siri ke-46 kali ini dilakukan di sebuah kelab gay terkenal di ibu kota. Operasi kali ini diketuai oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikshan,” katanya.

Khalid juga berkata operasi yang sama turut dilakukan di rojek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, di Kepong dan PPR Sri Aman di Jinjang.

“Pihak kerajaan sangat serius dalam membanteras pemahaman serta gejala songsang dan radikal ini.

“Semoga inisiatif yang diambil ini, dapat membendung budaya LGBT dari terus merebak ke dalam masyarakat kita,” katanya.

Polemik komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) timbul apabila terdapat aktivis yang menuntut golongan itu diberi hak yang sama dinikmati rakyat Malaysia dan tidak lebih daripada itu.

Ini kerana komuniti LGBT dikatakan menghadapi diskriminasi dalam kehidupan seharian mereka berdasarkan kepada anggapan dan stigma daripada anggota masyarakat. – Mkini

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *