Home » Citra Yadim » Mendaki Bukit Nosorob antara pengisian Ziarah Kasih di Ranau

Mendaki Bukit Nosorob antara pengisian Ziarah Kasih di Ranau

RANAU – Seramai 60 peserta menyertai acara mendaki Bukit Nosorob di sini anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 6 September.

Ia merupakan sebahagian daripada pengisian untuk program YADIM Peduli: Ziarah Kasih ke Kampung Karanaan di sini yang berlangsung sejak 4 September lalu hingga 6 September.

Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Ketua Cawangan Pelanggan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sabah, Rizal Jamaludin.

Selain penduduk kampung, acara ini turut disertai oleh kakitangan PERKESO Sabah serta anggota Jabatan Kesihatan di sini.

YADIM Sabah diwakili oleh Penolong Pengarahnya, Ramlee Daud serta beberapa lagi pegawainya.

Selain mendaki bukit, acara lain dalam program ini termasuklah malam kesenian Islam, pemeriksaan kesihatan, taklimat keselamatan, sukaneka dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *