Home » Persuasif » Mencari formula perpaduan

Mencari formula perpaduan

Dr Ismail Ibrahim

Banyak ungkapan dan ibarat yang dikemukakan oleh para peserta Multaqa Perpaduan Ummah (MPU) yang berlangsung di Instutut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 18 Mei 2016, iaitu ketika memberikan definisi dan senario perpecahan Ummah di negara kita pada saat ini sebagai “sebuah kapal yang sedang tenggelam di dasar lautan” atau “sebagai sebuah rumah yang sedang marak di jilat api” dan implikasinya maka kedua-dua peristiwa ini akan membawa tragedi kemusnahan dan kehancuran.

Multaqa, yang membawa maksud satu perjumpa agung, atau rapat umum mengikut istilah tanah seberang, telah berjaya menghimpunkan kepelbagaian penyertaan dari kalangan latar belakang politik, pertubuhan, akademik, ilmuan, telah di anjurkan oleh Majlis Dakwah Negara (MDN) YADIM.

Oleh kerana kapal itu sedang hampir tenggelam, dan rumah itu hampir musnah di jilat api, maka berlumba-lumbalah para peserta yang mencari ikhtiar dan usaha bagi menyelamatkannya, kerana kemusnahan kapal atau rumah itu akan bererti runtuhnya satu bangsa dan pupusnya satu simbol agama dalam satu dunia yang terancam ini.

MDN sandiri mengambil daya usaha dalam paparan buku Cenderamatanya dengan memetik ungkapan Imam Al-Ghazali tentang formula perpaduan iaitu dengan memetik kata-katanya “Bersatulah seperti dua tangan ini. Jangan bercerai seperti dua telinga ini. . Ketika tangan kanan ke depan, tangan kiri ke belakang. Ketika tangan kiri ke depan, tangan kanan ke belakang. Akhirnya kita selesa berlenggang…”

Formula perpaduan ini juga yang di utarakan oleh ramai peserta iaitu “kembali kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya” bagi menyelesaikan perpecahan dan konflik yang berlaku di dalam masyarakat Umat Islam. Namun isu utama yang membawa kepada perpecahan inilah yang merupakan tonggak pembicaraan yang perlu di bincangkan, kerana umat Islam haruslah mengakui hakikat bahawa mereka memang mempunyai kemelut perpecahan, iaitu yang merupakan masalah besar di dalam masyarakat mereka.

Apa bila masyarakat Islam mengakui bahawa mereka mempunyai masalah, maka barulah mereka dapat mencari formula yang sebaik-baiknya untuk menyelesaikan masalah itu. Namun mengikut sesetengah peserta, bahawa kini terdapat masyarakat Islam yang bersikap pasif dan “tidak apa” terhadap isu perpecahan yang menjadi masalah umat Islam itu, malah terdapat golongan muda yang bersikap “tidak peduli” dan “tidak peka” sama sekali tentang masalah yang di hadapi umatnya, apa lagi bersikap positif dan inovatif untuk berfikir bagi mencari penyelesaiannya..

Oleh itu amat baik sekali beberapa pandangan yang di kemukakan oleh peserta pada hari itu agar Multaqa segera menyusun program khas bagi perancangan strategik dan mekanisme penyelesaian yang rapi dalam percubaan untuk mendekati dan menyelesaikan masalah perpecahan ini, kerana dalam dunia siber dan teknologi maklumat ini, umat Islam juga seharusnya dapat menguasai bidang ini, dan mempunyai pemikiran yang keritikal serta jauh ke hadapan dalam semua aspeknya.

Seorang peserta memberikan analogi tentang kegawatan ini, kembali kepada sejarah umat ini ketika zaman Jepun dan Bintang Tiga, bagaimana menderitanya kehidupan bangsa ini akibat tekanan ekonomi dan kuasa kuku besi yang melanda mereka.

Maka mengambil pengajaran itulah, peserta ini menyimpulkan bahawa kekuatan dan survival ummah adalah merupakan isu utama dalam menghadapi kegawatan sekarang ini. Beliau juga menjelaskan pandangannya bahawa perpecahan ummah yang berlaku sekarang ialah di sebabkan dua elemen utama, iaitu KUASA dan EKONOMI, sedangkan kedua-dua elemen ini juga sekiranya di uruskan dengan baik akan menjadi elemen perpaduan dan kesatuan. Tetapi sayangnya kedua-dua faktor ini telah di salah gunakan, sehingga akhirnya menjadi alat pemecah ummah.

Satu pandangan bernas yang di kemukakan ialah beberapa strategi kesatuan ummah yang sepatutnya di praktikkan sebagai formula untuk membeawa kembali umat ini ke pangkal jalan, iaitu sebagi umat uang satu. Langkah jangka pendeknya ialah isu perlaksanaan segala idea dan fikiran serta langkah-langka penyatuan yang telah banyak di keluarkan bersandarkan kepada agama, politik, budaya, malah pertemuan dan perdamaian dengan beberapa pihak berkuasa di dalam negara dan masyarakat sendiri.

Sebab itu di cadangkan penyusunan modes operandi yang kemas, mekanisme yang tersusun dan membina, strategi yang betul, malah memerlukan koordinasi di antara semua pihak dan badan-badan yang di wakili di dalam Multaqa ini, dengan memberikan contoh sejarah bahawa perlukah kita membicarakan satu isu ummah yang besar untuk menyatu padu pembicaraan politik di antara tokoh-tokoh politik yang berkonflik, dengan mengambil contoh bagaimana satu perjumpaan telah di aturkan dengan Mantan PM Tun Mahathir dan Yang Di Pertua PAS Allah Yarham Ustaz Fadhil Nor bagi membicarakan isu Palestin satu ketika dulu?

Rancangan jangka panjang yang disentuh ialah isu pendidikan agama, yang pada masa kini lebih menyentuh isu kognitif, ketika guru-guru dan ibu bapa telah merasa puas dengan markah yang tinggi dan pangat A yang di dapati oleh para pelajar ketika mempelajari agama, tanpa membawa pendidikan Islam itu lebih jauh ke hadapan iaitu ke arah pembentukan perwatakan, nilai hidup bermoral dan bermasyarakat, bertanggung jawab kepada  umum, malah sensitif kepada kebajkan sekeliling dan meghormati sesama manusia, jauh dari rasa ego centric. Kenapa pengajaran Islam yang dikuasai dengan baik itu tidak membawa kepada pengajaran yang lebih berkesan dan efektif, bukan hanya kognitif, untuk mendidik generasi baru umat ini.

Multaqa amat banyak membongkar khazanah ilmu dan pemikiran, maka langkah susulan itulah yang lebih penting, dan seorang peserta membuat kesimpulan bahawa kita haruslah membezakan di antara “titik temu” dan “titik beda”. Ketika Rasulullah sudah tidak ada, maka kitalah pewarisnya, maka kita haruslah mengenal pasti yang manakah “matlamat” nya dan yang manakah “alat”nya, kerana dalam perjumpaan dan kongres kita lebih banyak membincangkan tentang penyelesaian bagi “alat” bukan “matlamat”.

Saya mentafsirkan ungkapannya ini dengan berdialog di luar Multaqa bahawa yang di maksudkannya itu mungkin seperti rawatan kepada pesakit, jangan hanya merawat tand-tanda penyakit atau simptomnya, tetapi rawatlah punca penyakitnya yang sebenar. Dan dia bersetuju, lalu kami semua para peserta bersurai pada petang hari Multaqa, setelah sehari suntuk ber”Multaqa”

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *