PENYANYI Zaiton Sameon berkongsi pengalaman indah dan satu keajaiban ketika dia mengerjakan ibadah umrah di Makkah baru-baru ini.
Zaiton, 61, berkata, sepanjang berada di Kota Makkah, dia mampu berjalan sepenuhnya dan menyempurnakan ibadah tersebut tanpa sebarang masalah.
Sedangkan semasa bertolak dari Kuala Lumpur, dia terpaksa berkerusi roda.
“Alhamdullilah… jejak sahaja kaki di Kaabah, saya dan boleh berjalan dan menyelesaikan tawaf tanpa masalah.
“Ini semua keajaiban daripada Allah. Bersyukur ibadah saya dipermudahkan atas doa semua peminat,” katanya.
Zaiton terharu ketika berkongsi pengalaman tersebut menerusi siaran langsung Facebook Syed Wafa.
Zaiton berkata demikian menerusi Facebook milik pengurus acara, Syed Wafa.
Zaiton dan 23 selebriti veteran terpilih untuk mengerjakan umrah termasuklah Ibnor Riza, Hamid Gurkha, Sulaiman Yassin (Mat Over), Harun Hashim, Mat London, Sahara Yaacob, Shima, Aida Agil, Zaleha Hamid, Ayati Tasrip dan Halil Chik.
Program itu adalah anjuran bersama Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Yayasan Mustika Kasih dan Yayasan Perdana Ummah.
Zaiton sebelum ini bertongkat, sudah mampu berjalan.
Mereka selamat mengerjakan ibadah Umrah pada 26 Januari hingga 6 Februari lalu.
Sebelum ini, beberapa portal hiburan melaporkan penyanyi lagu Menaruh Harapan ini terpaksa bertongkat dan berkerusi roda akibat kecederaan pada kaki selepas terjatuh tahun lalu.
Dalam pada itu, Zaiton memaklumkan ini merupakan kali kedua dia berpeluang mengerjakan ibadah umrah.
Seramai 23 penggiat seni turut diberi peluang melakukan Umrah.
Malah, dia turut menyimpan hasrat berkunjung lagi ke Makkah dan mengimpikan untuk terus menetap di sana.
“Saya pertama kali ke Makkah sekitar tahun 1995 dan sejak itu perasaan rindu terhadap Makkah sentiasa ada cuma tiada peluang untuk ke sana.
“Alhamdulillah selepas 23 tahun akhirnya doa saya untuk kembali ke sana akhirnya tercapai. Rasa macam nak pergi sana lagi dan kalau boleh nak menetap terus di Kota Makkah,” katanya. – MSTAR
Diterbitkan: Ahad, 11 Februari 2018 6:30 AM
Zaiton sudah mampu berjalan dan masalah kesihatannya semakin baik sepanjang mengerjakan ibadah umrah. Foto Instagram: @zaiton_sameon

KOMEN