Home » Wacana » MEMULIAKAN TETANGGA

MEMULIAKAN TETANGGA

Memuliakan tetangga sangat dibenci oleh iblis dan keretakan hubungan dengan tetangga merupakan senjata iblis untuk merosakkan kehidupan bermasyarakat. Memuliakan tetangga merupakan amalan yang utama dalam Islam dan termasuk senjata untuk mengalahkan syaitan.

Hidup berjiran terasa indah jika ada sikap saling memberi dan menerima, saling berkasih sayang dan memuliakan. Sabda rasulullah s.a.w bermaksud “ Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya.”

Sabda beliau lagi bermaksud :” Tiada sempurna iman seseorang hamba, sehingga tetangganya terselamat dari segala kejahatannya.” (HR. Muslim)

Artinya, menghormati dan memuliakan jiran adalah termasuk di antara amalan mulia yang disukai dan diredhai Allah S.W.T

Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan rumah, iaitu sekitar 40 buah rumah dari kanan, kiri, belakang dan dari depan. Ada tiga kategori jiran:

  1. Tetangga muslim yang ada hubungan keluarga. Mereka mempunyai tiga hak –
  2. Hak sebagai tetangga
  3. Hak sebagai keluarga
  • Hak sebagai muslim
  1. Tetangga muslim yang tiada hubungan kekeluargan. Mereka mempunyai dua hak-
  2. hak sebagai tetangga
  3. hak sebagai orang Islam
  4. tetangga bukan Islam. Mereka mempunyai satu hak
  5. hak sebagai tetangga

Diantara hak- hak jiran itu secara umum ialah :

  1. Mulai dengan memberi salam jika bertemu dengan orang- orang Islam.
  2. Memaafkan kesalahan jika ada.
  3. Cacat cela jiran jangan disebarkan.
  4. Hindari memandang ke dalam rumah sehingga terlihat auratnya.
  5. Hindari melihat isteri, anak gadis atau pembantu rumahnya. Hindari mengambil tahu atau memerhati barang- barang yang dibeli atau dibawanya pulang.
  6. Hindari sikap ingin tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya.
  7. Kunjungi jiran bila sakit atau ketika jiran meninggal dunia.
  8. Bantu tenagkan hati jiran bila mereka ditimpa kesusahan atau malapetaka.
  9. Rasakan kesusahan tetangga seperti kesusahan sendiri dan tunjukan kegembiraan bila jiran gembira.
  10. Jangan terpengaruh dengan fitnah atau umpatan orang terhadap jiran kita.
  11. Jangan menyusahkan jiran seperti meletakkan sesuatu yang boleh menghalangi jalan ke rumahnya.
  12. Bantu menjaga keselamatan rumah jiran ketika ketiadaan mereka.
  13. Berlemah lembut terhadap anak- anaknya.
  14. Memberi pelajaran tentang agama atau ilmu- ilmu lain yang diketahuinya.
  15. Bersabar dan belapang dada dengan tingkah lakunya yang tidak sopan. Sesama tetangga hendaklah saling berbuat baik dan berkasih sayang.
  16. Selalu menghantar makanan kepada jiran, terutama jika bau makanan itu kuat hingga dia mencium aromanya. Sabda Rasulullah s.a.w, “Hai Abu Dzar, jika kamu memasak makanan (berkuah), maka banyakkanlah airnya dan perhatikan jiranmu.” (HR. Muslim)
  17. Biasakan memberi hadiah apa saja sebagai penghubung kasih sayang. Sabda Rasulullah s.a.w “ Hai wanita muslimat, jangan merasa rendah kalau akan memberi hadiah pada tetangga, walau sekadar kikil (ujung kaki) kambing.” HR.al- Bukhari dan Muslim).
  18. Mendahulukan tetangga yang terdekat. Aisyah s.a.w. maka tetangga yang manakah harus ku dahulukan? Jawab Nabi, “Kepada yang lebih dekat kepada pintunya.”

Apabila masing- masing menjaga adab- adab berjiran ini, Insya- Allah akan terbentuklah suasana masyarakat, kawasan perumahan atau kampong yang harmonis. Dari situ terbentuklah kelak gambaran rakyat yang baik dan negara yang makmur.

 

Apabila masing- masing menjaga adab- adab berjiran ini, insya- Allah akan terbentuklah suasana masyarakat, kawasan perumahan atau kampong yang harmonis. Dari itu terbentuklah kelak gambaran rakyat yang baik dan negara yang makmur.

 

Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, beliau tertidur di Masjidil Haram. Beliau bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, “Berapa banyak orang- orang yang berhaji pada tahun ini ?”

Jawab yang lain, “Enam ratus ribu.”

Lalu ia bertanya lagi, “Berapa banyak yang diterima?”

Jawabnya, “Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq.”

 

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya dan lansung berangkatlah ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.

Jawab orang itu, “Muwaffaq.”

Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya kepadanya, “Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang demikian itu? “

Jawab Muwaffaq, “Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak boleh kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalu aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku sedang hamil, maka satu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah tetanggaku dan menyampaikan tujuan kedatanganku kepada wanita itu.”

 

Jawab tetanggaku, “Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak- anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba- tiba aku menemukan bagkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan aku bawa pulang untuk dimasak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk kamu.”

Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang taga ratus dirham dan kuserahkan kepada jiranku tadi supaya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk kegunaan anak- anak yatim yang ada dalam pemeliharaannya.

“ Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku.” Kata Muwaffaq lagi.

 

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak- anak yatim.

 

Rasulullah s.a.w ditanya, “Ya Rasulullah tunjukkan kepadaku amal perubatan yang bila kuamalkan akan masuk Jannah.”

Jawab Rasulullah, “ Jadilah kamu orang yang baik.”

Orang itu bertanya lagi, “ Ya Rasullulah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?”

Jawab Rasulullah, “Tanyakan pada tetanggamu, bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar- benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat maka engkau sebenarnya jahat.”

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *