Home » Wacana » MEMULIAKAN ORANGTUA

MEMULIAKAN ORANGTUA

Memuliakan orangtua termasuk di antara amalan untuk melawan syaitan kerana menyukai seseorang yang durhaka kepada orang tuanya.

Orang tua adalah tempat anak- anak menggantungkan harapan, bahkan susah senang anak- anak berada dalam pengawasan dan pengawasan orangtua. Betapa besarnya amanah dan tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh orang tua terhadap anak- anak mereka. Oleh sebab itu betapa pun bakti anak kepada orang tua belum sebanding dengan jasa dan pengorbanan mereka kepada kita.

Allah S.W .T telah memberikan kedudukan yang tinggi kepada orang tua dan menyuruh supaya setiap anak hendaklah berbuat baik kepada keduanya. Yang dimaksudkan berbakti kepada dua orang tua adalah berbuat baik kepada mereka, mentaati mereka, melaksanakan hak- hak mereka, menjauhi perilaku yang dapat menyakiti hati dan kehidupan mereka, serta masih banyak lagi bentuk bakti yang perlu dilaksanakan untuk mereka.

Taat kepada ibu bapa adalah kewajipan dan menjadi sarana yang paling baik untuk mendekati diri kepada Allah S.W.T memerintahkan manusia supaya berbakti kepada kedua ibu bapa mereka. Melakukan kebaktian terhadap ibu bapa bukan hanya tertumpu pada segelintir hamba-Nya sahaja, bahkan Allah S.W.T memuji sikap sebahagian Rasul- rasul- Nya kerana kebaktian mereka terhadap ibu bapa mereka. Sebagaimana kebaktian Nabi Ismail a.s kepada ayahandanya Nabi Ibrahim a.s dalam mematuhi titah perintah Allah S.W.T seperti firman- Nya, ayat al- Quran bermaksud: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari orang- orang yang sabar.” (QS. Ash- Shaffat : 102)

Ayat tersebut dengan jelas memperlihatkan kebaktian Nabi Ismail a.s terhadap bapanya Nabi Ibrahim a.s dengan mentaati perintah Allah. Melalui kebaktian yang dilakukan di kalangan para Rasul- rasul- Nya, menjadi contoh dan teladan.

Berbakti kepada ibu bapa boleh menuai barakah seperti yang dijelaskan Rasulullah s.a.w dalam sabdanya bermaksud : HR. Muslim– “Siapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim.”

Pada dasarnya,berbakti kepada ibu bapa tidak hanya disaat keduanya masih hidup. Namun, anak- anak perlu meneruskan bakti meskipun mereka berdua telah tiada. Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w dari Abi Asid Malik bin Rabi’ah As- Sa’idy, dia berkata, “Ketika kami sedang duduk di rumah Rasulullah, tiba- tiba seseorang lelaki dari Bani Salamah datang dan berkata, “Ya Rasulullah, apakah masih ada cara yang boleh saya lakukan untuk berbakti kepada ibu bapa sesudah mereka meninggal dunia?” Rasulullah bersabda, “Ya, menyalatkan jenazah mereka, meminta ampunan dosa mereka dan menunaikan janji mereka setelah mereka meninggal serta menyambung tali silaturrahim yang tidak disambung kecuali dengan mereka dan menghormati kawan- kawan mereka.” (HR- Thabrani)

Ziarah kubur ibu bapa yang meninggal juga sebagai amalan bakti yang akan diberi ganjaran yang baik sebagaimana juga telah dijelaskan melalui hadis Rsulullah s.a.w. bermaksud : “Siapa yang menziarahi kuburan kedua ibu bapanya atau salah seorang di antara mereka setiap hari Juma’at, nescaya diampuni dosanya dan ditulis sebagai orang yang berbakti.” (HR- Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.)

Beruntunglah bagi setiap anak yang perihatin dan ingat akan kedua ibu bapa mereka baik sewaktu hidup mahupun setelah mereka meninggal dunia. Segala bakti yang mereka curahkan tidaklah sia- sia, namun akan mendapat ganjaran pahala di dunia dan akhirat.

Anak yang berbakti tentu sahaja tidak sanggup membiarkan diri dan kehidupan ibu bapa mereka terlantar. Semoga kita semua menjaga keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa berbakti kepada dua orang tua kita.

Berbuat baik kepada kedua ibu bapa tidak berakhir dengan kematian mereka, tetapi boleh terus meskipun mereka sudah meninggal dunia. Di antara yang boleh dilakukan ialah :

  1. Menyolatkan jenazahnya. Jika anak lelaki maka lebih utama anak lelaki mengimamkan solat jenazah kedua ibu bapanya serta membaca doa untuk mereka.
  1. Sentiasa memohon ampunan dosa untuk keduanya. Ini termasuk tanda anak yang soleh.
  1. Menunaikan janji yang belum sempat ditunaikan oleh keduanya sebelum kematiannya. Janji ini termasuk sedekah jariah, wakaf dan sebagainya.
  1. Berbuat baik kepada sahabat baik ibu bapa seperti meneruskan hubungan silaturrahim dengan sahabat mereka. Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya termasuk perbuatan yang paling baik ialah meneruskan silaturrahim dengan sahabat baik ibu bapanya sesudah mereka meninggal.” (HR. Muslim)
  1. Membantu keluarga yang dahulunya dibantu oleh ibu bapanya. Abu dawud meriwayatkan satu hadis tentang seseorang yang bertanya kepada Rasulullah, “Apakah suatu kebaikan yang masih dapat dilakukan kepada ibu bapanya sesudah mereka meninggal dunia. Rasulullah menjawab, “ Ada, iaitu mendirikan solat jenazah bagi keduanya, berdoa meminta ampun bagi keduanya, melaksanakan apa yang menjadi janji keduanya, memuliakan orang yang menjadi sahabat keduanya dan memberi pertolongan kepada keluarga yang tergantung kepada keduanya.” (HR. Abu Dawud).

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *