KANGAR – Program Bulan Dakwah 2.0 terus diisi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis dengan pelbagai program menarik.
Pada 13 Disember, ia dimulakan dengan Program Pengurusan Stress di Dewan Bukit Kaya di sini yang disampaikan oleh Haji Hashim Othman al-Hafiz, seorang penceramah bebas.
Seramai lebih 40 ahli komuniti Bukit Kaya mendapat mutiara ilmu sempena program ini.
Seterusnya aktiviti YADIM Perlis diteruskan dengan sesi YADIM Lestari membersihkan pantai Kuala Perlis yang dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Perlis dan Penghuni Rumah Kanak – Kanak Arau. Seramai 45 org peserta bergotong royong membersihkan sampai di pantai berkenaan. Turut terlibat ialah Sukarelawan YADIM Perlis dan Rakan Siswa YADIM Perllis.
Pada sebelah malamnya, diadakan pula ceramah di masjid Umar al-Khattab, Guar Syed Alwi yang bertajuk Suburkan Rasa Syukur.
KOMEN