Home » Langit Terbuka » MCMC siasat pihak hina Agong di media sosial

MCMC siasat pihak hina Agong di media sosial

Siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima MCMC daripada orang ramai supaya tindakan segera diambil terhadap pihak yang menghina Yang Dipertuan Agong - Foto The Edge

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap pihak yang menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial.

Menurut kenyataan MCMC hari ini (12 April) , pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah memuat naik imej yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook semalam.

Suruhanjaya itu berkata siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima MCMC daripada orang ramai supaya tindakan segera diambil terhadap pihak berkenaan.

“MCMC juga dimaklumkan bahawa polis juga sedang menjalankan siasatan. Penyelarasan siasatan dan perkongsian maklumat sedang giat dijalankan,” katanya.

Kenyataan itu berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar untuk menyebarkan berita dengan niat mengganggu orang lain.

Jika didapati bersalah, pihak berkenaan boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *