Home » Langit Terbuka » MB nafi tawar pakej haji, umrah RM5,000

MB nafi tawar pakej haji, umrah RM5,000

Terdapat pihak tertentu yang berniat menipu dengan menganjur pakej ibadah tersebut menggunakan logo ‘#teamTokMat’.

SEREMBAN 8 Mac – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menafikan beliau mempunyai kaitan dengan skim menawarkan pakej haji dan umrah berharga RM5,000 kepada orang ramai.

Menurut beliau, terdapat pihak tertentu yang berniat menipu dengan menganjur pakej ibadah tersebut menggunakan logo ‘#teamTokMat’.

“Saya nak menyatakan bahawa saya tidak ada kaitan langsung dengan skim tersebut.

“Saya tidak pernah memberi kebenaran kepada sesiapa pun untuk menggunakan logo dan perkataan ‘teamTokMat’ untuk sebarang tujuan memungut derma, menerima sumbangan dan sebarang bentuk skim yang ada unsur perniagaan dan bayaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kegiatan itu dilakukan untuk memburukkan gelombang ‘#teamTokMat’ yang mendapat sokongan rakyat negeri ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya berwaspada dengan kegiatan tersebut. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *