Home » Citra Yadim » MAWAR teruskan legasi prihatin MPWIM

MAWAR teruskan legasi prihatin MPWIM

Pengerusi MAWAR (dua dari kiri), menyampaikan sijil penghargaan kepada mantan Pengerusi MPWIM, Professor Dato' Noor Aziah Mohd Awal (dua dari kanan).

BANGI – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan meneruskan kesinambungan kerja keras dan prihatin yang ditinggalkan oleh Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia (MPWIM).

Pengerusi MAWAR, Dr Hafidzah Mustakim berkata, pihaknya mewarisi sebuah organisasi yang telah terbukti bertapak dan meninggalkan kesan dalam gerakan membela dan memperkasa wanita Islam di negara ini.

“Siapa yang tidak kenal dengan program program MPWIM seperti Keluarga dan Ibu Mithali, begitu juga dengan program program di penjara wanita.

“Alhamdulillah MAWAR tidak bermula dengan kosong, sebaliknya ia telah berada di landasan terbaik yang ditinggalkan oleh pihak sebelum ini,” ujar beliau dalam Majlis Penghargaan Sanjungan Budi Lambaian Kasih di sini hari ini (24 Jun).

Hadir sama ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, pengurusan tertinggi badan dakwah itu serta mantan kepimpinan MPWIM.

Seramai 14 orang bekas ahli MPWIM menerima sijil penghargaan dan cenderahati sebagai menghargai sumbangan mereka selama ini menerusi program program menyantuni wanita dan keluarga di negara ini yang dilaksanakan oleh MPWIM.

Selaras dengan hasrat untuk menambah baik perjalanan dan gerak kerjanya, MPWIM kemudiannya dijenamakan semula sebagai MAWAR.

Sementara itu, Hafidzah berkata, disamping meneruskan usaha baik sebelum ini, MAWAR juga akan bersama YADIM untuk mencapai cita cita model negara Islam yang rahmah

“Apa yang puan puan buat sebelum ini sudah cukup baik, doakan InsyaAllah kami dapat teruskan hingga akhirnya wanita wanita di luar sana dapat rasa Islam ini adalah penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi, “ katanya.

Tambah Hafidzah, Mawar juga bersedia dan mengalu alukan sebarang bentuk kerjasama untuk pembangunan wanita Muslim di negara ini.

Dalam pada itu Nik Omar dalam ucapannya turut mengucapkan terima kasih atas sumbangan MPWIM selama ini, khususnya dalam pembinaan jenama YADIM.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *