Home » Wacana » Mata hati yang menyingkap tabir kegelapan

Mata hati yang menyingkap tabir kegelapan

Oleh : Amida AbdullahHamid

ALLAH SWT, tuhan yang mencipta dan menguruskan segala yang di langit dan di atas bumi. Di antara makhluk ciptaan Allah ialah manusia , malaikat dan jin. Manusia ialah sejenis makhluk Allah yang asalnya dicipta Allah daripada tanah. Makhluk lain seperti malaikat dan jin ialah makhluk yang Allah cipta daripada cahaya dan jin.

Manusia dicipta dengan fitrahnya berpancaindera melihat, mendengar, merasa, menyentuh, dan menghidu, selain dikurniakan akal fikiran untuk menimbang , menaakul dan memberi hukuman. Dengan fakulti inderawi ini manusia menyedari dan mengutip pengetahuan tentang fenomena yang bergolak di persekitarannya.

Pesoalan-persoalan seperti ‘siapakah aku?,mengapakah aku berada di sini?’, ‘ke manakah aku pada akhirnya?’,selepas mati, bagaimanakah diriku ini?’ sering bergolak dalam fikiran manusia yang cenderung melihat alam semesta dan berfikir tentang alam luas terbentang ini.

Pertanyaan-pertanyaan tersebut adalah soalan yang sering menguja manusia pada zaman dahulu. Dengan akal fikirannya yang finit, manusia cuba membuat andaian dan merangka jawapan kepada teka-teki yang dihadapinya. Maka timbullah jawapan-jawapan yang diberikan ahli-ahli falsafah (Barat)yang berlandaskan akal fikiran yang terbatas kemampuannya. Jawapan ini  cenderung kepada subjektivisme (berfokus kepada kepentingan dan keselesaan sendiri.)

Manusia yang berfikir pada landasan fakulti aqli semata-mata ini seiring melupakan pencipta ala mini iaitu Allah SWT. Sejak zaman Nabi Adam a.s lagi , Allah memberi panduan kepada manusia tentang bagaimana mahu menguruskan diri dana lam kea rah yang selamat dan sejahtera.

Allah SWT dengan segala limpah kasih dan saying-Nya menurunkan wahyu kepada nabi-nabi dan rasul-rasul pilihan-Nya untuk membimbing umat manusia ke jalan yang selamat. Kitab-kitab Allah diturunkan untuk dijadikanpedoman menjalani hidup di dunia yang fana dan penuh pancaroba ini. Dan al-Quran merupakan kitab Allah paling berautoriti setelah Taurat,Zabur,dan Injil.

Maha suci Allah Yang Maha Penyayang menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW untuk memudahkan perjalanan hidup umat Muhammad SAW, selain daripada menjadi peringatan kepada mereka yang berbakti dan takut dengan ancaman azab Allah (Taha:1-4).

Al-Quran ialah mukjizat Nabi Muhammad SAW yang masih dapat kita pegang , baca, fahami, dan taati panduan, ajaran di dalamnya ke jalan yang diredai Allah. Di dalam kitab suci ini juga terdapat larangan-larangan yang wajar kita elak dan jauhi agar kehidupan kita tidak terpesong daripada keredaan Allah.Segala kebimbingan dan larangan ini datangnya daripada Allah. Rasul-rasul  menjadi oerantara yang membawa cahaya dari Allah.

Dengan cahaya daripada rasul-rasul ini manusia mendapat ‘mata hati’ untuk melihat. Pancaindera mata yang dikurniakan Allah kepada manusia hanya mampu melihat yang fizikal,yang kasar,yang Nampak pada syahadah. Ada ketikanya mata yang fizikal ini hanya dapat melihat dengan sokongan cahaya terang. Tanpa cahaya pada waktu malam,kita berada dalam kegelapan. Kita tidak mampu menikmati keindahan taman dan kecantikan alam pada waktu malam jika tiada bulan yang memancarkan cahaya atau tidaklampu buatan manusia yang meneranginya.

Namun ‘mata hati’ yang dikurniakan dengan cahaya yang dibawa para rasul daripada Allah SWT berupaya menyingkap tabir yang menyamarkan kegelapan fizikal; lantas cahaya ini mampu mendedahkan rahsia kewujudan ciptaan Allah SWT. Dengan mata hati ini,manusia yang beriman  dan percaya kepada Allah ,rasul-rasul-Nya,malaikat-Nya,kitab-Nya,pada hari qiamat,dan qada dan qadar Allah, mendapat kekuatan luar biasa untuk mempersepsi konsep-konsep ghaib seperti dosa,pahala,syurga dan neraka.

Dengan mata hati yang aktif dan sering patuh kepada bimbingan Allah SWT. Manusia,insya-Allah, akan sentiasa melangkah di jalan yang di redai Allah. Jika hati sentiasa ingat kepada Allah , maka Allah akan selalu ingat kepada kita. Untuk memastikan perjalanan hidup kita selamat,wajar kita pastikan bahawa kita mematuhi ‘semua’ panduan Allah. Jika tidak berbuat demikian , hati kita mungkin sering berbolak –balik antara jalan duniawi yang padat dengan kepalsuan,dengan jalan yang diredai Allah.

Marilah kita sama-sama menjadikan al-Quran panduan dalam semua liku hidup kita dari aspek  pembelajaran , kemasyarakatan, perniagaan, kepimpinan, dan menjadi mukminin yang total. Majalah Dakwah

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *