DUBLIN: Demi menyelamatkan golongan gelandangan tempatan, sebuah masjid di Ireland membenarkan mereka menumpang di sana sementara ribut salji melanda negara tersebut.
Masjid Clonskeagh menawarkan bukan sahaja tempat tinggal tetapi juga makanan serta tilam galas (sleeping bag).
Ketua Jabatan Kebajikan Komuniti, Summayah Kenna berkata pihaknya bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Dublin dan organisasi pejuang gelandangan untuk menawarkan perkhidmatan tersebut.
“Kami akan wujudkan pasukan keselamatan pada waktu malam dan pasukan penyelenggara bagi memastikan bangunan ini cukup panas, terutamanya pada waktu malam,” katanya kepada media tempatan 98fm seperti dilaporkan Metro.co.uk.
Ini bukan kali pertama masjid tersebut, yang turut dikenali sebagai Pusat Kebudayaan Islam Ireland, membantu orang ramai.
Pada November tahun lepas, mereka turut menawarkan bangunan tersebut untuk ditumpang pihak yang memerlukan ketika Ribut Ophelia melanda. – AGENSI
KOMEN