Home » Langit Terbuka » Mara di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

Mara di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

Pengesahan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu sekaligus menamatkan teka teki dan dakwaan bahawa Mara bakal dipecah-pecahkan

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) kini diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pengesahan yang dibuat oleh Azmin yang mengetuai kementerian itu sekaligus menamatkan teka teki dan dakwaan bahawa institusi itu bakal dipecah-pecahkan di bawah beberapa kementerian.

“Jadi tidak timbul Mara dipecahkan kepada beberapa kementerian dan saya berharap YB dapat memberikan penerangan kepada rakan-rakan yang masih belum dapat pencerahan.

“Pokoknya ialah Mara tidak dipecah-pecahkan atau diistilah yang digunakan Pontian diracik-racikkan. Mara di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Azmin berkata, persoalan yang diajukan oleh Datuk Dr Noraini Ahmad (Parit Sulong-BN) dan dakwaan daripada anggota Parlimen daripada parti pembangkang sebelum ini berniat jahat demi menimbulkan kebimbangan rakyat.

“Saya ingin menjelaskan gambaran yang dibuat bahawa kerajaan Pakatan Harapan dipecahkan kepada beberapa kementerian yang berniat tidak sihat yang cuba dilakukan oleh Parit Sulong untuk menimbulkan keresahan di luar sana,” tambah Ahli Parlimen Gombak itu.

Kementerian yang baharu ini jelas Azmin berfungsi sebagai merancang dengan baik ekonomi negara untuk tempoh jangka pendek dan panjang dan salah satunya adalah Mara khusus berkait rapat dengan Bumiputera.

“Memang benar Mara sebelum ini di bawah KPLB (Kementerian Pembangunan Luar Bandar) namun sebaik sahaja rakyat memberikan mandat begitu besar kepada Pakatan Harapan dengan tujuan melakukan demokrasi secara total maka antara langkah utama adalah untuk memperkenalkan sebuah kementerian baru iaitu Kementerian Hal Ehwal ekonomi yang bertanggungjawab untuk merancang menggubal jangka pendek dan jangka panjang ekonomi negara Malaysia.

“Antara yang dicadangkan Perdana Menteri untuk menyatukan oleh beberapa agensi penting ini bagi mengangkat sosio ekonomi Melayu Bumiputera di bawah satu kementerian iaitu Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,” katanya.

Sebelum ini, ada ura-ura Kerajaan Persekutuan mahu memecahkan Mara ke beberapa kementerian, sekaligus mengecilkan peranannya dalam membantu Bumiputera.-MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *