Home » Ensiklopedia » Manna – Makanan terbaik hadiah dari-Nya

Manna – Makanan terbaik hadiah dari-Nya

Allah SWT berfirman: “Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “Mann” dan “Salwa”, (serta Kami berfirman): “Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu”. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka menganiaya diri sendiri” (al-Baqarah:57).

“Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka “Mann” dan “Salwa”. (Lalu Kami berfirman): “Makanlah dari baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu”. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi mereka menganiaya diri mereka sendiri” (al-A’raf:160).

“Wahai Bani lsrail! Sesungguhnya Kami telah selamatkan kamu dari musuh kamu, dan Kami telah janjikan kamu (dengan memberi wahyu kepada Nabi Musa) di sebelah kanan Gunung Tursina itu, dan kami turunkan kepada kamu “Mann” dan “Salwa” (Taha:80).

“Mann” dan “salwa” disebut sebanyak tiga kali di dalam al-Quran dan setiap kali itu, dua makanan ini disebut bersama. Kedua makanan ini dikatakan adalah antara yang terbaik untuk dimakan oleh manusia. Apakah itu mann atau manna? Manna adalah dari perkataan mann yang bermaksud “pemberian” dari Allah SWT dan manna adalah sebaik-baik pemberian-Nya.

Salah satu bahan yang dikatakan manna ialah dari satu pokok jenis Acacia senegal dan ini sebenarnya adalah gum arabic yang luas penggunaannya dalam industri perubatan, makanan mahupun industri kosmetik dan alat lukisan.

Manna mempunyai pelbagai unsur perubatan menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di antaranya mencegah kanser kolon dan masalah perut seperti sembelit dan angin. Ia juga membantu mencegah penyakit kronik seperti kencing manis dan masalah jantung. Manna juga membantu dalam mengawal berat badan kerana ia berkeupayaan untuk membuat perut terasa kenyang kerana kandungan seratnya yang tinggi. – MAJALAH DAKWAH

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *