TANJONG KARANG – Prihatin dengan musibah dan kesulitan dihadapi sebuah keluarga di sini akibat kehilangan kediaman dalam satu kejadian kebakaran, Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Selangor bertindak pantas menghulurkan sumbangan mereka.
Sumbangan berbentuk wang tunai itu disampaikan oleh Ketua SAR Kuala Sekangor, Asma Husin kepada anak pasangan Suhaili Zahar dan Siti Ruminah Samai, Nurul Najwa Suhaili pada 23 Julai di tapak kediaman mereka di Kampung Sungai Gulang Gulang di sini.
Wakil keluarga mangsa yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada SAR Kuala Selangor atas keprihatinan dan sikap rahmah yang ditunjukkan selain pantas menghulurkan bantuan.
Dalam kejadian jam 10 pagi 22 Julai itu, Nurul Najwa yang sedang bercuti selepas menjalani pembedahan di perutnya sedang berehat di ruang tamu bersama adiknya, Nurul Najiha sebelum api tiba tiba marak di bahagian dapur.
Tindakan pantas Nurul Najiha segera membawa keluar adiknya berjaya menyelamatkan nyawa dua beradik tersebut.
Keluarga tersebut bagaimanapun kini tinggal sehelai sepinggang kerana gagal menyelamatkan sebarang pakaian dan barangan.
KOMEN