BALING – Mangsa kebakaran yang memusnahkan lima buah rumah di Kampung Lalang, di sini Disember lalu telah menerima kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah baru baru ini.
Dalam kunjungan pada 27 Februari itu, Pemangku Pengarah YADIM Kedah, Mohd Afifi Ruslan bersama kakitangannya, telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan seperti gula, minyak masak,teh,biskut, dan lain lain.
Menurut Afifi, mangsa mangsa kebakaran kini menumpang di kediaman saudara mara selain menyewa sementara berusaha mendapatkan kediaman sendiri.
Dalam satu kejadian pada 16 Disember lalu, lima kediaman musnah terbakar dipercayai akibat litar pintas di salah sebuah rumah terbabit.
KOMEN