Home » Langit Terbuka » Mangsa gangguan seksual derita dalam diam – Rohani

Mangsa gangguan seksual derita dalam diam – Rohani

Datuk Seri Rohani Abdul Karim

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Ancaman dan ugutan yang diterima mangsa gangguan seksual menyebabkan ramai di antara mereka tidak berani untuk tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata situasi itu berlaku kerana ketika ini, tidak ada undang-undang khusus yang melindungi dan memberi keadilan kepada mangsa.

Menurut beliau, berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima pihaknya, rata-rata mangsa yang menerima gangguan seksual akan diancam dan diugut.

“Saya tidak mahu keadaan ini membelenggu mereka, khususnya wanita dan saya tidak mahu mereka menderita dalam diam. Tahun ini adalah tahun memperkasakan wanita.

“Oleh itu, saya memperjuangkan untuk mewujudkan Akta Gangguan Seksual. Akta ini diharap dapat menjadi satu berita kelegaan buat semua mangsa gangguan seksual,” kata Rohani ketika ditemui Astro AWANI ketika menghadiri Persidangan ROSE di sini, hari ini.

Pada persidangan itu, Rohani dalam sesi perbincangan berkata, selain memperjuangkan penggubalan Akta Gangguan Seksual, beliau juga mahu mencegah diskriminasi terhadap wanita dan memperkukuhkan lagi Akta Keganasan Rumah Tangga. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *