KUALA SELANGOR – Hanya mangsa saja yang tahu betapa perit dan letihnya membersihkan kediaman selepas banjir.
Pilih apa yang terpaksa dibuang, pilih apa yang boleh diselamatkan, bersihkan perabot, bersihkan lumpur dan pelbagai lagi kerja kerja yang perlu dibuat.
Pendek kata bantuan orang ramai memang diperlukan.
Prihatin dengan situasi ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Selangor telah memulakan inisiatif membantu membersihkan kediaman penduduk yang dilanda banjir di sini.
Pada 27 Disember, diketuai Pengerusinya Puan Asmah Husin serta sembilan ahli, mereka membersih kediaman Puan
Cumiton Kardi dan Muhd Ishak Mohd Sanof di Kampung Lubuk Jaya di sini.
Air banjir yang naik hingga ke paras pinggang menyebabkan kediaman mereka memerlukan banyak kerja pembersihan.
Bukan itu sahaja, dua orang sukarelawan, Mahathir Mohd Noor dan Abdullah Hussain juga melaksanakan kerja kerja pembaikan peralatan elektrik seperti peti sejuk dan mesin basuh.
Pada program ini, sumbangan toto dan bantal juga disampaikan bagi meringankan beban mangsa.
KOMEN