Home » Langit Terbuka » Malaysia tolak rakyat dari negara penjenayah

Malaysia tolak rakyat dari negara penjenayah

Tun Mahathir Speaks
Perdana Menteri berkata, keputusan Malaysia tidak membenarkan atlet Israel bertanding dalam kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak, Julai ini adalah tindakan wajar. - Foto mothership.sg

VIENNA – Malaysia tidak akan membenarkan rakyat negara penjenayah seperti Israel memasuki negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, keputusan Malaysia tidak membenarkan atlet Israel bertanding dalam kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak, Julai ini adalah tindakan wajar.

“Kita punyai hak untuk menerima atau menolak kemasukan mana-mana rakyat luar ke dalam negara, sama seperti diamalkan negara lain.

“Seperti Amerika, mereka kini bina tembok tinggi untuk menghalang warga Mexico keluar dari negara mereka.

“Mereka yang tidak diingini di negara ini mesti dihalang dan ini termasuk mereka yang disyaki pengganas dan sebagainya,” katanya pada sidang media wartawan tempatan dan Malaysia bagi mengakhiri lawatan kerja tiga harinya di sini.

Dr Mahathir menegaskan, atlet yang dihalang datang dari negara yang menceroboh negara lain dengan membina penempatan untuk rakyatnya.

“Mereka menceroboh kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. Banyak lagi perbuatan yang dilakukan oleh Israel menyalahi undang-undang dunia dan bertentangan dengan moral dan hak asasi,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia tidak mahu sebarang urusan dan kaitan dengan Israel termasuk rakyatnya.

“Jika mereka (atlet Israel) mahu bertanding dalam kejohanan sukan, mereka boleh ke negara lain,” katanya. – Berita Harian

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *