Home » Langit Terbuka » Malaysia paling tinggi cari bahan pornografi di internet

Malaysia paling tinggi cari bahan pornografi di internet

Ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dengan memantau aktiviti anak-anak khususnya berkaitan media sosial. (gambar hiasan)

KOTA BHARU 15 Mac – Penduduk negara ini mencatat pencarian berkaitan bahan pornografi tertinggi di Asia Tenggara dengan hampir 20,000 bahan negatif tersebut dimuat naik dan turun setiap hari.

Timbalan Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Pusat, Dr Hafidzah Mustakim berkata, hampir 60 peratus kanak-kanak meluangkan masa di media sosial setiap hari dan hanya 35 peratus ibu bapa memantau aktiviti anak-anak mereka di media sosial.

“Hal ini menyebabkan, kanak-kanak di negara ini mudah diserang gejala seksual di internet.

“Ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dengan memantau aktiviti anak-anak khususnya berkaitan media sosial, ” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Program “My Body Is Mine” anjuran Kelab Pendidikan Kebajikan Kanak-Kanak Cilik di Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri, di sini hari ini.

Seramai 75 kanak-kanak tadika di seluruh negeri ini menyertai program itu yang memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai penderaan seksual terhadap mereka.

Yang turut hadir, Pengerusi Kelab Kebajikan Pendidikan Kanak-Kanak Cilik, Nor Fasha Abdul Aziz. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *