Home » Langit Terbuka » Malaysia negara pertama dipilih untuk program prapelepasan haji

Malaysia negara pertama dipilih untuk program prapelepasan haji

PUTRAJAYA – Bermula tahun ini, Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang terpilih sebagai perintis bagi program prapelepasan haji yang akan dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dalam kenyataan semalam berkata, melalui ini­siatif tersebut pengambilan cap jari serta semakan data jemaah haji Malaysia akan dilaksanakan di KLIA dan data tersebut akan di­salurkan ke pangkalan sistem haji Arab Saudi.

“Objektif kita adalah untuk mempermudah dan mempercepatkan proses kemasukan jemaah haji di King Abdulaziz International Airport Jeddah sekali gus menambah baik prosedur sedia ada bagi menghadapi bilangan kemasukan jemaah haji yang tinggi di Arab Saudi,” kata beliau.

Menurut beliau, perbincangan mengenai inisiatif itu berlangsung semalam di Jabatan Imigresen ­Malaysia dipengerusikan beliau dan Mejar Jeneral Mubarak Almuwina dari Supreme Hajj Committee Arab Saudi.

Dalam pertemuan ini, kata Mustafar, kerajaan Arab Saudi memaklumkan mengenai pelaksa­naan ‘Proof of Concept’ (POC) sistem pemeriksaan awal bagi jemaah haji bermula tahun ini dengan jangkaan seramai 36,480 jemaah haji dan 88 buah kapal terbang akan terlibat dengan inisiatif berkenaan. – Bernama

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *