PUTRAJAYA – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pelaksanaan undang-undang ‘Jewish nation-state’ oleh Parlimen Israel pada 19 Julai.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini menyebut bahawa Malaysia menggesa komuniti antarabangsa agar mengambil tindakan segera meminta Israel membatalkan undang-undang dan dasar kejam dan perkauman itu.
“Tindakan Israel akan hanya menyulitkan dan mengganggu usaha ke arah mencapai keadilan dan penyelesaian jitu terhadap konflik Palestin,” menurut kenyataan itu.
Menurut Wisma Putra, undang-undang itu yang mendapat 60 undi sokong dan 55 undi menolak, mendakwa bahawa tanah Israel itu sebagai tanahair bersejarah bagi orang Yahudi dan berhak melaksana penetapan sendiri untuk penduduknya.
Undang-undang itu juga mengisytihar Hebrew sebagai bahasa rasmi dan merendahkan bahasa Arab hanya untuk status tertentu, menurut kenyataan itu. – Bernama
KOMEN