Home » Langit Terbuka » Malaysia komited pertahan dua kota suci umat Islam

Malaysia komited pertahan dua kota suci umat Islam

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Malaysia komited untuk mempertahankan kota suci umat Islam, iaitu Mekah dan Madinah daripada sebarang bentuk ancaman atau pun serangan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan Malaysia komited untuk bersama-sama Arab Saudi melindungi dua kota suci itu.

“Keselamatan dan kestabilan di Arab Saudi apabila ada kaitan dengan dua kota suci ini, kita tidak berbelah bahagi untuk bersama-sama mereka mempertahankan Mekah dan Madinah.

“Saya harap usaha ini berterusan dan buat perancangan yang rapi, lebih-lebih lagi dalam musim haji ini,” katanya mengulas laporan serangan peluru berpandu yang mensasarkan ke negara tersebut dipercayai oleh puak Houthi.

Menurut Hishammuddin, beliau sempat berbual dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohamed Salman Al-Saud mengenai kejadian itu semalam selain turut menerima panggilan daripada Menteri Pertahanan Qatar.

Menurutnya, kerajaan akan terus bertukar-tukar maklumat risikan dengan Arab Saudi berikutan perkembangan semasa itu.

“Alhamdulillah, hubungan dengan negara-negara Teluk cukup rapat, mereka tidak keberatan langsung untuk berkongsi maklumat secara terperinci kerana perkara ini sememangnya serius,” katanya.

Media antarabangsa melaporkan, puak Houthi pada Jumaat lalu mengesahkan melancarkan peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi yang disasarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah.- www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *