Home » Langit Terbuka » Malaysia ikut kehendak Arab Saudi wajibkan dos penggalak ke atas jemaah umrah

Malaysia ikut kehendak Arab Saudi wajibkan dos penggalak ke atas jemaah umrah

pengambilan dos penggalak ke atas jemaah umrah Malaysia adalah berdasarkan kepada kehendak Kerajaan Arab Saudi - Foto Arkib

Kuala Lumpur –  Prosedur operasi standard (SOP) baharu yang mewajibkan pengambilan dos penggalak ke atas  jemaah umrah Malaysia adalah berdasarkan kepada kehendak Kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad pada malam tadi.

 

“Dos penggalak adalah salah satu kehendak (kerajaan) Saudi ke atas jemaah umrah. Mereka ada mengeluarkan circular (pekeliling), jadi kita kena ikut.

Pintu untuk ke Tanah Suci dah dibuka mulai hari ini. Jadi jemaah kita kena ikut syarat yang ditetapkan untuk ke sana,” katanya kepada pemberita selepas

menghadiri program Usrah Anak Muda anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Zayan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), di sini hari ini.

Mengenai data terkini bakal jemaah umrah yang telah menerima dos penggalak, Idris berkata pihaknya tidak mempunyai data berkenaan.

Katanya statistik mengenai bakal jemaah umrah Malaysia yang sudah menerima suntikan dos penggalak  ada pada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

kerana urusan SOP umrah itu adalah di bawah kementerian itu. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *