Home » Langit Terbuka » Malaysia dijangka terima berita baik

Malaysia dijangka terima berita baik

Malaysia dijangka menerima berita positif berhubung permohonan penambahan kuota Haji,kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. - Foto Utusan Malaysia

SEPANG – Malaysia dijangka menerima berita baik berhubung rayuan penambahan kuota haji untuk tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, pengumuman berkaitan perkara itu akan dilakukan selepas mendapat maklumat rasmi dari kerajaan Arab Saudi.

“Alhamdulillah kita sudah berunding dan saya dengar ada berita baik. Positif.

Saya tidak akan mengecewakan jemaah dan kita akan berbincang dari sudut teknikal dengan Tabung Haji (TH),” katanya pada sidang media selepas perasmian Makkah Route Initiatives, di sini.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai program Makkah Route, beliau berkata, ia memberi manfaat dengan memudahkan dan mempercepatkan urusan ‘kemasukan’ jemaah haji negara ini ke Arab Saudi.

“Melalui program ini para jemaah hanya perlu melakukan pemeriksaan pasport di Imigresen Malaysia dan terus menuju ke laluan khas Imigresen Arab Saudi untuk melalui proses pra pelepasan menggunakan teknologi imbasan wajah dan pengesan cap jari.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai program Makkah Route, beliau berkata, ia memberi manfaat dengan memudahkan dan mempercepatkan urusan ‘kemasukan’ jemaah haji negara ini ke Arab Saudi.

“Melalui program ini para jemaah hanya perlu melakukan pemeriksaan pasport di Imigresen Malaysia dan terus menuju ke laluan khas Imigresen Arab Saudi untuk melalui proses pra pelepasan menggunakan teknologi imbasan wajah dan pengesan cap jari. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *