Home » Langit Terbuka » Malaysia antara negara terbaik bantu rakyat ketika PKP

Malaysia antara negara terbaik bantu rakyat ketika PKP

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam program bersama YapEIM di Kota Bharu. - Foto YaPEIM

KOTA BHARU – Malaysia antara negara terbaik dalam membantu rakyat yang berdepan dengan kesusahan sepanjang pandemik Covid-19 melanda.

 

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, bantuan tanpa henti diberikan oleh kerajaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

 

“Untuk mencukupkan segala-galanya memang tidak akan cukup, namun sebahagian besar sudah diusahakan kerajaan dalam membantu rakyat.

 

“Kita (Malaysia) antara negara yang terbaik dalam memberi bantuan dan sumbangan kepada rakyat. Negara lain tidak sehebat kita.

 

“Justeru, kita mengharapkan semua pihak berganding bahu dan kita akan memastikan keperluan asas kepada rakyat sampai sebagaimana saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir Majlis Penyerahan Sumbangan Inspirasi Qaseh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Kampung Sering, di sini, pada 11 Julai.

 

Mengenai prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban, Ahmad Marzuk berharap semua pihak patuh kepada SOP ditetapkan.

 

“Kita (kerajaan) sarankan beberapa SOP, namun terpulang kepada negeri masing-masing untuk mengolahnya.

 

“Jadi, kita mengharapkan rakyat akur dan patuh dengan arahan yang dikeluarkan di negeri masing-masing walaupun terdapat SOP yang tidak bebas,” katanya. – Harian Metro

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *