Home » Langit Terbuka » Malaysia ambil kesempatan ‘perang perdagangan’ antara kuasa besar

Malaysia ambil kesempatan ‘perang perdagangan’ antara kuasa besar

Malaysia amat memerlukan FDI bagi mendapatkan pendedahan terhadap teknologi serta kemahiran pengurusan yang terkini

 

KUALA LUMPUR – Malaysia boleh mengambil kesempatan terhadap ‘perang’ perdagangan antara negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China untuk menjadi destinasi pelaburan pilihan antarabangsa.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, apabila negara-negara kuasa besar ini cuba mengatasi antara satu sama lain, mereka memerlukan rakan dagangan dan tempat pelaburan yang baharu.

Jelasnya, kesempatan itu boleh diambil oleh Malaysia yang selama ini amat mementingkan kehadiran pelaburan langsung asing (FDI).

“Hari ini sedang berlakunya perang perdagangan antara negara kuasa-kuasa besar. Hal ini dapat menyediakan peluang kepada kita kerana mereka cuba mengalahkan antara satu sama lain.

“Mereka pastinya memerlukan rakan dagang dan lokasi pelaburan baharu untuk mengeluarkan produk masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sebelum merasmikan Masyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Ke-72 hari ini.

Tambah Dr. Mahathir, Malaysia amat memerlukan FDI bagi mendapatkan pendedahan terhadap teknologi serta kemahiran pengurusan yang terkini.

Jelasnya, kerajaan akan mengutamakan persekitaran mesra perniagaan dan pada masa sama mahu mengatasi penyalahgunaan kuasa serta amalan rasuah dalam urus tadbir negara. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *