Home » Langit Terbuka » Malaysia akan terus menjuarai hab halal global

Malaysia akan terus menjuarai hab halal global

Serdang: Malaysia akan terus menjuarai hal berkaitan hab halal global, justeru kenyataan bertentangan fakta itu adalah bersifat pandangan peribadi, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau mengulas polemik kontroversi ditimbulkan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok yang dilaporkan berkata cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi serta alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.

Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh turut dilaporkan berkata jika pensijilan halal ini diwajibkan, ia bukan sahaja akan mencetuskan reaksi negatif dalam negara, malah mungkin memalukan negara di peringkat antarabangsa.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, beliau tidak mahu mengulas lanjut pandangan peribadi seperti itu.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *