Home » Langit Terbuka » Malaysia akan mohon ekstradisi warga disyaki seludup senjata api di Pakistan

Malaysia akan mohon ekstradisi warga disyaki seludup senjata api di Pakistan

TEBEDU, 28 Dis –  Malaysia akan memohon lelaki yang ditahan disyaki menyeludup senjata api di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, Pakistan, diesktradisi ke negara ini supaya siasatan dari aspek perundangan dan keselamatan dapat dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendapat kerjasama Interpol untuk memperoleh maklumat terperinci tentang penahanan warga Malaysia dari Sarawak itu.

Dengan adanya kerjasama Malaysia dan Pakistan, seterusnya pendakwaan akan dapat ditentukan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu di sini hari ini.

Lelaki itu dilaporkan ditahan pada Jumaat 22 Dis, di lapangan terbang berkenaan, bersama empat pucuk pistol, lapan kelopak peluru dan 70 peluru yang disembunyikan di dalam bagasi serta tapak kasutnya.

-BERNAMA

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *