SERDANG – Rakyat Malaysia amat terkenal suka membantu, tidak teragak-agak menolong sesiapa saja tidak kira bangsa dan agama, kini kepayahan kehidupan yang kian menghimpit menaikkan lagi keprihatinan kita untuk membantu sesama sendiri.
Pada 18 Julai, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menziarahi dan menyantuni Eishah Harun, 68 tahun, warga emas ibu tunggal yang tinggal bersendirian di sini.
Ibu kepada seorang anak ini mempunyai penyakit darah tinggi, dan menghubungi TeleBantuan YADIM minggu lalu.
“Bersih rumah, makcik dok sorang ka? Sapa kami, awal pertemuan. Dah besa dok sorang, anak makcik ada sorang tapi dok di Kota. Pakcik dah xdak (tiada), xpa (tidak mengapa), ada orang mai (datang) tengok makcik tang ni (di sini), ujar makcik Eishah.”
Doa kami agar dipermudahkan segala urusan wanita ini. Sempat kami berbual ringkas sebelum menyampaikan pek barangan keperluan harian kepadanya.
Eishah ialah antara tiga pemohon Telebantuan YADIM yang disantuni pada 18 Julai.
KOMEN